Monday 16 April 2012

kisah sedih seorang yang bergelar ibu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.
Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!
Cerita si anak.....
Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…
Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.
Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Wassalam...

Friday 16 March 2012

Kami bakal menegakkan agama islam..Ya Allah

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah engkau lh yg menjadikan kami dan kepada-Mu jua kami dikembalikan....matilah kami disaat kami beriman kepada-Mu..sesunggohnya perkara yang paling dekat dengan kita ilah mati..matilah kami dalam keadaan yg elok Ya Allah.... tempatkanlah kami bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh....








Cepatnya masa berlalu...bagai tak terasa...pejam celik pejam celik.....dh tiba dh waktu bdk2 METRIK/STAM dan setaraf dengannya utk msuk ke pintu perjuangan mereka...begitu juga dgn saya....perjuangan yg memerlukan kekuatan dalaman dan juga luaran....mungkin ade sesetengah antara sahabat2 kita yg kurang menyenangi dgn keputusan yg keluar baru2 ini....tak mengapa...janganlah kamu bersedih....sepatutnya kita patut bersyukur kerana Allah msih memilih kita utk merasai ujianNya...jika kita semua tahu bahawa Allah sekarang ini sengaja menguji kita pasti kita tak akan bersedih...setiap ujian yg Allah berikan pasti ade hikmah disebaliknya ,cuma kita je yg tak tahu bagaimana bentuk hikmah itu..."Firman Allah;...dan kerana Allah ,bersabarlah.."74:7.....suatu hari nanti baru lah kita tahu...."owhh ini rupanya sebabnya....kenapa Allah bagi saya kos yg bukn saya nak,rupannya bila saya dh belajar setahun lebih mengenai kos ini, Allah datangkan rasa minat dalam diri saya utk mencari lagi limu mengenai kos ini...."...mungkin ini salah satu situasi yg pernh shbt2 kita lalui....ambilah pengajran dari pengalaman2 org lain,dan kita akan rasa betapa kita dihargai oleh Allah....subahanallah...

"Ya Allah,sesungguhnya aku tidak tahu sama ade ini adalah musibah atau nikmat dariMu tapi aku bersangka baik kepadaMu Ya Allah...."...bersangka baik lh pada Allah,sesungguhnya Allah tak akan membebani kita di luar kemampuan kita....mintalah kekuatan pada Allah,kerana hanya pada Allah lh kita memperolehi kekuatan...kita adalah hambaNya yg lemah,hambaNya yg kerdil...

Mungkin cita2 kita yg kita idamkan tak tercapai di dunia tapi insyaAllah,kita akan merasainya suatu hari nanti....mari kita fahami betul2 ayat2 cinta Allah di bawah ini....cukup terkesan bagi saya....suka ayat ini sgt2...momo shafika anuar ingt x lagi...he2

"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan),maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal"..3:160 ^__^

Satu lagi saya nk share,kata ustaz azman..:"Dalam menuntut ilmu,keberkatan itu paling penting dan utama,biarlah org nk kata kita tak pandai pun...biarlah tak cemerlang pun tapi kita perolehi keberkatan ilmu itu...itu sudah cukup...tpi kalau kita cemerlang itu adalah satu BONUS bagi kita..."...=))

Untuk sahabat2 saya,doakan kejayaan saya dalam mencari ilmu2 Allah ini....insyaAllah....jazakkillahhukhairan

Tuesday 6 March 2012

Maulidur-Rasul : Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan



10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


‎10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.


" Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci. Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat, yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

~ As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ~